Artikel

Bermula 1 April – Pelabur Asing Dibenarkan Masuki Malaysia Selama 6 Bulan Guna Pas Pelabur

Malaysia kini tampil dengan kemudahan baharu, menerusi pengenalan Pas Pelabur bermula 1 April 2025 ini. Di mana membenarkan pelabur asing dan pelawat perniagaan untuk memasuki Malaysia selama 6 bulan dan lebih menarik tempoh itu boleh dilanjutkan sehingga 6 bulan lagi.

Kenyataan bahagian imigren ini menjelaskan, akses itu boleh didapati pada sistem Xpats Gateway di mana akan didasarik berasaskan keperluan pemohon. Berdasarkan permohonan itu, kemudahan multiple visa entry juga turut diberikan kepada pemegang pas khas ini.

Adanya pengenalan pas ini ia sekaligus menjadi langkah penambahbaikan Malaysia dalam menggalakkan kemasukan pelabur asing dan memberi jaminan keberadaan mereka di pasaran negara. Sebelum ini tiada pemberian pas diberikan dan kumpulan pelabur hanya memiliki Pas Lawatan Sosial sahaja, yang mana tempoh pas tersebut adalah tertakluk pada kelayakan negara mereka bagi tempoh 14 hari sehingga 90 hari sahaja.

Keadaan itu sekaligus merencatkan urusan perniagaan mereka di pasaran negara susulan berdepan tempoh penginapan yang lebih singkat.