Dalam usaha mengekang kenaikan kos insurans di pasaran semasa – kini sebuah produk asas insurans kesihatan dan takaful akan dibangunkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Inisiatif itu menurut Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara adalah selaras dengan agenda Malaysia dalam tempoh 2024 sehingga 2026 untuk tambahbaik sektor kesihatan mengikut kemampuan penduduk negara.
Walaupun aliran inflasi kekal terkawal, namun kenaikan kecil ini turut memberi kesan pada penawaran harga produk perlindungan di pasaran semasa. Situasi itu sekaligus mengecilkan potensi perbelanjaan pengguna pada keperluan kesihatan.
Selain inisiatif itu, beberapa pendekatan telah dikenalpasti bagi mengekang kenaikan kos premisum insurans kesihatan dan takaful ini antaranya pelaksanaan pengagihan kadar pelarasan yang lebih baik, menangguhkan tindakan kenaikan kos dan menyediakan pilihan kos serta produk alternatif sebagaimana yang diumumkan BNM sebelum ini.