Selepas India, Loob Holding kini meneroka potensi untuk Tealive memasuki pasaran negara yang miliki permintaan tinggi pada minuman teh iaitu Thailand.
Perancangan itu akan direalisasikan bersama peneraju industri makanan dan minuman tempatan Thailand iaitu Restaurants Development Co. Ltd (RD) selaku francais induk jenama Tealive di Thailand. Menerusi kerjasama strategik ini, Loob menyasarkan sekitar 80 cawangan Tealive dapat dibangunkan di pasaran Thailand dalam tempoh 10 tahun.
Selari dengan permintaan Thailand, Loob optimis prestasi Tealive berupaya berkembang di pasaran tersebut. Pertimbangan positif ini turut didorong akan kekuatan RD yang memiliki pemahaman mendalam akan permintaan pasaran di Thailand. Biapurn konsep penawaran produk Tealive dilihat sinonim dengan budaya minuman di sana, namun secara berkala penyesuaian tawaran produk akan dilaksanakan mengikut permintaan pengguna setempat.