Artikel

Indonesia Arah Grab Beri Bonus Raya Kepada Kumpulan Pemandu Seru-Pandu

Grab menjadi antara syarikat seru-pandu di Indonesia, yang diarahkan untuk memberi bonus raya kepada rakan pemandu mereka menjelang sambutan perayaan Aidilfitri kelak.

Arahan di bawah Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ini adalah mengambil aktiviti tugasan para pemandu yang memenuhi permintaan pengguna ketika bulan Ramadan. Tidak hanya itu, dengan saranan ini ia sekaligus akan membantu pasaran Indonesia meraih rangsangan perbelanjaan pengguna pada tahun ini.

Berdasarkan makluman itu, perbincangan penawaran bonus tersebut dilaksanakan pentadbiran bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grab Anthony Tan. Selain Grab, arahan dan perbincangan ini turut melibatkan syarikat seru-pandu GoTo yang disertai Ketua Pegawai Eksekutif GoTo Patrick Walujo.

Untuk makluman umum, gesaan bonus perayaan ini tidak sekadar tertumpu kepada Grab dan GoTo tetapi syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan di Indonesia diarahkan untuk membayar bonus raya sekurangnya 7 hari sebelum cuti Aidilfitri, yang dijangka berlangsung pada 31 Mac ini.