Artikel

Klinik, Hospital Swasta Papar Harga Ubat – Mulai 1 Mei Ini

Susulan terdapat beberapa pertimbangan yang harus diteliti, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pelaksanaan paparan harga ubat di klinik dan hospital swasta kini ditangguhkan sehingga 1 Mei 2025 kelak.

Penangguhan itu akan memperlihatkan perbincangan lanjut antara KKM dan Kumpulan Pengamal Perubatan Am (GP) Swasta berhubung beberapa isu yang berbangkit antaranya memohon kelonggaran pelaksanaan serta semakan berhubung caj konsultasi doktor di klinik swasta yang sebelum ini telah lama tidak diteliti, sejak 32 tahun lalu.

Sekiranya mencapai persetujuan bersama, pelaksanaan paparan harga ubat tersebut dapat direalisasikan setelah tempoh penangguhan tamat iaitu pada 1 Mei ini.

Buat pengetahuan, tindakan ini telahpun dimaklumkan pada November 2024 lalu – di mana kerajaan akan mewajibkan semua bahagian penjagaan kesihatan swasta memaparkan harga ubat buat kemudahan pengguna. Perihal ini secara langsung akan membantu menangani isu kekeliruan akan ketelusan kos rawatan yang diambil.