Kesan ancaman tarif Presiden Trump ke atas negara BRICS dan negara lain seperti Kanada, Mexico, dan China – secara langsung telah mengakibatkan ketidaktentuan pasaran berlaku ke atas Amerika Syarikat (AS).
Perihal ini dibebankan lagi dengan tindakan pemberhentian pekerja yang dilaksanakan oleh penasihatnya iaitu Elon Musk menjadikan tahap keyakinan pengguna di AS terus terjejas.
Maka sekiranya ia berterusan, persekitaran ini menurut laporan AFP akan membawa kepada kemerosotan ekonomi AS pada 2025 – biarpun kenyataan ini diselar Trump namun pentadbirannya tidak menidakkan akan potensi tersebut, dengan menakrifkan langkah tarif ini sebagai gerakan mengembalikan semula kekayaan AS di pasaran hadapan.
Meskipun jangkaan kemerosotan tidak berlaku, Trump juga tidak menidakkan akan pertumbuhan AS menjadi lebih perlahan pada tahun ini susulan mengimbangi kesan negatif daripada penguatkuasaan tarif tersebut.