Artikel

Capital A Sasar Bebas Status PN17 – Menjelang Mei 2025

Sekiranya sebelum ini kumpulan menjangkakan langkah penamatan status PN17 dapat diakhiri pada Februari 2025 lalu, kini Capital A terus optimis merealisasikan matlamat tersebut menjelang Mei 2025 kelak.

Perkongsian taklimat pada Pelan Regularisasi Capital A ini, menjelaskan tahun 2025 akan menjadi tahun pemulihan buat operasi di mana keutamaan tumpuan perniagaan akan terarah kepada segmen bukan penerbang di samping terus mengekalkan kepentingan induk sebanyak 18% pada AirAsia X yang melibatkan AirAsia Bhd serta AirAsia Aviation Group Limited.

Operasi juga bertindak memberi tumpuan pertumbuhan ke atas cabang perniagaan yang lain seperti BigPay, AirAsia MOVE, Santan, Teleport, Asia Digital Engineering (ADE) dan bahagian pemasaran Abc. International.

Strategi ini secara langsung akan membantu kumpulan meraih pelbagai peluang dalam pelaburan baharu di masa hadapan dan sekaligus meluaskan portfolio kewangan kumpulan secara berkala. Untuk fasa awal, usaha ini akan dimulakan dengan langkah tawaran awam permulaan (IPO). Dengan usaha itu, sebarang keuntungan akan dilaburkan semula kepada operasi anak syarikat Capital A.

Berbalik pada status PN17 atau Nota Amalan 17/2005 adalah status yang ditetapkan Bursa Malaysia terhadap kumpulan syarikat yang berdepan isu kewangan. Penyenaraian ini berisiko menyebabkan sesebuah syarikat terkeluar daripada papan Bursa Malaysia. Susulan entiti berkaitan gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.

Ini antara ciri klasifikasi PN17:

  • Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar
  • Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
  • Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
  • Juruaudit telah memberikan kenyataan negatif atau tidak seimbang tentang syarikat
  • Tidak patuhi faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
  • Syarikat telah menangguhkan atau menghentikan operasi
  • Syarikat tidak memiliki perniagaan ataupun operasi yang signifikan