Bagi membolehkan kumpulan pelabur asing dan ekspatriat di Malaysia meraih proses yang lebih mudah pada urusan pelaburan di pasaran negara – tidak lama lagi pas khas untuk pelabur akan diperkenalkan seawal April ini.
Kemudahan di bawah Jabatan Imigresen itu akan membenarkan kumpulan ini untuk tinggal lebih lama di Malaysia dan memudahkan prosedur pelaburan mereka di Malaysia. Mengikut makluman di Parlimen, pas khas ini akan dikeluarkan secara digital melalui sistem pas elektronik.
Usaha ini sekaligus akan mengurangkan kebergantungan pelabur terhadap ejen bagi perolehan pas kemasukan di pasaran semasa. Selain akses itu, Malaysia ketika ini telahpun menyediakan kemudahan sistem Pusat Perkhidmatan Ekspatriat (ESC) di KLIA Terminal 1 bagi membolehkan pelabur laksanan proses permohonan pas setelah mereka tiba di negara.
Ekspatriat merujuk kepada kumpulan penduduk bukan warga negara yang bekerja di negara asing pada kategori profesional.