Artikel

MyInvois e-POS Kini Dilancarkan – Bantu PMKS Pacu Operasi, Patuhi Pengeluaran e-Invois

Setelah melancarkan e-Invois, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini meluaskan usaha perkhidmatan mereka dengan perkenalkan sistem MyInvois e-POS khusus buat manfaat kumpulan peniaga, perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia.

Menerusi medium ini, ia boleh diakses secara percuma dan digunakan kumpulan peniaga kecil yang berpendapatan kurang daripada RM250,000 setahun. Pada akses ia dijangka dapat meningkatkan kecekapan operasi perniagaan dan menyokong kumpulan peniaga mematuhi pelaksanaan e-Invois dengan lebih baik.

Tidak hanya memberi akses pengurusan jualan perniagaan, platform digital ini turut menyediakan akses perakaunan, pengurusan inventori dan pelaporan kewangan – dengan ini ia membolehkan pemilik perniagaan mengeluarkan e-Invois secara mudah ketika melaksanakan aktiviti komersial bersama pengguna. 

Adanya platform ini, LHDN optimis ia akan menjadi pelengkap untuk membantu pentadbiran negara menyokong landskap perniagaan dan pemerkasaan pada penggunaan e-Invois di pasaran Malaysia.