Artikel

CIMB Maklum Khidmat SecureTAC Akan Beralih Ke Aplikasi CIMB OCTO – Mulai 16 Mac Ini

Seperti yang umum ketahui, mulai 12 April ini aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan dan digantikan sepenuhnya kepada aplikasi CIMB OCTO.

Ke arah merealisasikan matlamat itu, CIMB memaklumkan pihaknya akan mula laksana peralihan secara berperingkat ini termasuklah bermula 16 March 2025 kelak, perkhidmatan SecureTAC akan beralih ke CIMB OCTO.

Pada peralihan itu, ia secara langsung akan memastikan akses berterusan kepada perkhidmatan perbankan dapat dicapai oleh semua pengguna.

Maka dengan makluman ini, semua pengguna aplikasi CIMB Clicks dinasihatkan untuk beralih kepada aplikasi CIMB Octo untuk mengelakkan berlakunya sebarang gangguan transaksi di masa hadapan.