Jepun kini dalam pertimbangan untuk naikkan cukai ke atas pelancong antarabangsa, yang ketika ini ditetapkan caj sekitar 1,000 yen.
Semakan kenaikan itu bertujuan untuk mengatasi isu pelancongan berlebihan yang mengakibatkan kesesakan pada sesetengah lokasi tumpuan. Adanya langkah pengawalan dengan kenaikan caj ini, turut akan membantu Jepun menambahbaik infrastruktur pelancongan mereka.
Berdasarkan pertimbangan semasa, dimaklumkan kadar kenaikan cukai tersebut berpotensi naik sekitar 3,000 sehingga 5,000 yen. Bagaimanapun semakan itu masih diperingkat penelitian dan akan dimaklumkan setelah mengambil kira keperluan cukai tersebut pada pembangunan pelancongan mereka.
Untuk makluman umum, cukai ini telah diperkenal sejak 2019 – di mana telah disertakan pada harga tiket penerbangan dan kapal persiaran. Caj ini turut dikenakan ke atas rakyat Jepun yang keluar daripada negara tersebut.