Artikel

KPM Beri 3 Hari Cuti Tambahan Sempena Hari Raya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kini memperuntukan 3 hari cuti tambahan  buat kumpulan tenaga guru, pelajar dan kakitangan sekolah sempena perayaan Hari Raya 2025 bagi sesi akademik 2025/2026. Cuti tambahan ini untuk makluman terbahagi kepada dua kumpulan mengikut senarai negeri, ianya adalah:

Kumpulan A – Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu

  • 30 Mac 2025 (Ahad)
  • 2 April 2025 (Rabu)
  • 3 April 2025 (Khamis)

Kumpulan B – Sekolah di Putrajaya, KL, Labuan, Selangor, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka

  • 2 April 2025 (Rabu)
  • 3 April 2025 (Khamis)
  • 4 April 2025 (Jumaat)