Artikel

Pemegang Permit Kerja Di Singapura Boleh Bekerja Lebih Lama, Tiada Lagi Had Ditetapkan – Mulai 1 Julai

Bermula 1 Julai hadapan, pemegang permit kerja di Singapura tidak lagi tertakluk kepada tempoh bekerja maksimum sepertimana yang dikuat kuasakan ketika ini. Buat pengetahuan umum, ketika ini pemegang permit kerja yang bertugas di Singapura perlu bekerja dalam tempoh 14 hingga 26 tahun.

Ini kerana sekiranya penguatkuasaan itu diteruskan, sebilangan syarikat terpaksa melepaskan pekerja yang berpengalaman susulan telah memenuhi had tempoh yang dilaksanakan. Maka ia dilihat suatu kerugian buat ekonomi Singapura untuk meneliti bakat baru.

Dengan pemansuhan had tersebut, pemegang permit kerja dapat bertugas dengan lebih lama tanpa terikat sebarang had tempoh dan rakyat Singapura pula akan meraih lebih banyak peluang pekerjaan pada pasaran hadapan.

Selain pembaharuan itu, usia maksimum pekerja bukan warganegara juga akan dinaikkan kepada 63 tahun – perihal ini selaras dengan penetapan usia persaraan pekerja tempatan.