Hasil pemerhatian berdasarkan prestasi kecekapan operasi dan perkhidmatan, AirAsia akan memindahkan semula perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) – berkuat kuasa 7 April 2025 ini, iaitu setelah musim perayaan Aidilfitri.
Langkah ini setelah mengambil kira semua faktor selaras dengan pembangunan semula Lapangan Terbang Subang yang dikira mengambil tempoh untuk kumpulan menambah sokongan penerbangan bagi memenuhi peningkatan perjalanan kalangan pengguna semasa.
Buat pengetahuan umum, penerbangan domestik AirAsia telah beroperasi semula dari Lapangan Terbang Subang pada Ogos 2024 namun berlandaskan penilaian corak penumpang dan keperluan operasi. Pihaknya mencapai kesepakatan KLIA T2 menawarkan platform terbaik untuk kumpulan mengoptimumkan kecekapan perkhidmatan dengan keperluan kemudahan berskala besar membantu AirAsia meningkatkan lebih banyak permintaan penerbangan.
Memahami pengumuman ini akan memberi kesan kepada pengguna, AirAsia memaklumkan penerbangan domestikan akan terus beroperasi dari Lapangan Terbang Subang sepanjang minggu sambutan Hari Raya bagi melengkapkan permintaan sedia ada.
Tindakan ini akan membolehkan semua penumpang terlibat kekal meneruskan perjalanan mereka tanpa perubahan sempena musim perayaan sebelum peralihan sepenuhnya ke KLIA T2 direalisasikan. Pihak AirAsia juga telah menyediakan Pilihan Pemulihan Perkhidmatan (SRO) kepada penumpang, meliputi pertukaran penerbangan secara percuma dalam tempoh 30 hari, akaun kredit atau bayaran balik penuh kepada penumpang yang berdepan sebaran kesulitan.