Dewan Rakyat semalam sebulat suara telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Pindaan) 2025 bagi menambahbaik perlindungan sosial yang setara antara pekerja tempatan dan bukan warganegara.
Pindaan melibatkan 11 fasal ini untuk makluman adalah peruntukan berhubung tanggungan untuk membayar caruman dan kadar caruman yang haru dibayar ke atas pekerja bukan warganegara Malaysia. Tidak hanya itu, adanya akses ini, ia turut membantu negara mengurangkan kumpulan pekerja asing tanpa dokumen di pasaran semasa susulan perolehan caruman KWSP hanya tertakluk kepada pekerja yang sah berdaftar dengan majikan.
Berlandaskan tuntutan caruman pekerja bukan warganegara ini, insentif tersebut hanya dapat dikeluarkan setelah tempoh permint kerja tamat dan dokumen pembuktian penamatan kerja dipamerkan. Setakat ini sekitar 22,635 pekerja bukan warganegara (0.9%) daripada 2.5 juta bertindak memilih untuk mencarum secara aktif dalam KWSP.
Pada perincian itu, secara asas caruman 2% telah ditetapkan ke atas pekerja bukan warganegara tetapi pilihan caruman 11% turut diberikan kepada kumpulan pekerja yang berminat. Sementara syer caruman majikan pula hanya 5% berikutan kos upah pekerja bukan warganegara adalah lebih rendah berbanding pekerja tempatan.
Menerusi kelulusan itu sekaligus menambahbaik manfaat kepada penduduk Malaysia serta struktur gaji kebangsaan dan dijangka dapat direalisasikan sekitar suku keempat 2025. Di mana membolehkan kapasiti perbelanjaan isi rumah lebih tinggi dan membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan di masa hadapan.