Kadar Dasar Semalaman (OPR) kini kekal ditetapkan pada paras 3.00% – sebagaimana yang diumumkan sejak Mei 2023 lalu.
Keputusan ini menurut Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) didasari akan prestasi ekonomi negara yang membrangsangkan pada awal 2025. Selain kadar pengangguran yang kian menurun, prestasi ekonomi negara pada pasaran domestik dilihat kekal berdaya saing dengan aliran perbelanjaan dalam negeri yang semakin positif. Disokong pengenalan gaji minimum dan gaji kakitangan awam dilihat telah mengalakkan lagi aliran perbelanjaan isi rumah.
Sementara prestasi peringkat global pula BNM optimis pasaran semasa akan terus baik disokong peningkatan kitaran teknologi yang berterusan.
Namun perlu diakui proses seperti inflasi, pertumbuhan dan aliran perdagangan masih tertakluk akan persekitaran semasa. Di mana ketidakpastian kekal berlaku susulan makluman tarif dan pengenalan dasar ekonomi utama dari negara maju yang lain. Ketidakpastian sebegini juga boleh menyebabkan volatiliti pasaran kewangan global yang lebih ketara.
Melihat pada perkembangan ini, MPC akan terus memantau aliran inflasi dan pertumbuhan serta memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.