Kumpulan pengembara ke United Kingdom (UK) kelak akan diwajibkan untuk memohon Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA) bagi tujuan melancong mahupun kemasukan transit. Tindakan secara mandatori ini difahamkan akan bermula sekitar 2 April.
Ini bermakna selain keperluan pasport, permit masuk digital ETA juga harus dimiliki oleh setiap pengembara di UK. Adanya ETA, ia akan meningkatkan kecekapan UK dalam menjalankan pemeriksaan keselamatan bersama pengembara yang tiba tanpa visa. Lebih menarik permit ini boleh diguna pakai berulang kali dan membolehkan pengembara tinggal di UK sehingga 6 bulan.
Namun perlu diingatkan perolehan permit ini didatangi dengan caj sekitar £10 dan difahamkan akan alami peningkatan kepada £16 dalam beberapa bulan mendatang.
Secara menyeluruh, kewajipan ini tidak hanya bersandar kepada aktiviti pelancongan semata tetapi melibatkan perniagaan dan pendidikan ke UK juga turut dituntut mendapatkan permit ETA ini.