Artikel

India Mahu Hapuskan Tapak Pelupusan Sampah Terbesar – Menjelang 2026

Dalam tempoh setahun, India berikrar untuk menamatkan isu pencemaran yang menjejaskan persekitaran pemandangan ibu negara New Delhi – iaitu dengan menghapuskan tapak pelupusan sampah terbesar, yang kini berdepan isu longgokan sampah setinggi 60 meter.

Aktiviti pembersihan di tapak pelupusan sampah Bhalswa ini difahamkan akan mula dilaksanakan pada Mac ini dengan jangkaan selesai sepenuh menjelang Mac 2026. Sementara kerja pemulihan lanjut akan dilaksanakan pada dua lagi tapak pelupusan utama di Delhi iaitu Okhla dan Ghazipur.

Setakat 2023, didapati New Delhi menghasilkan sekitar 11,000 tan sisa pepejal setiap hari dan lebih 4 juta sampah terkumpul di tapak pelupusan Bhalswa berdasarkan anggaran rasmi.

Dengan matlamat ini, dijangka lebih 32 juta penduduk di kawasan sekitar tapak pelupusan sampah akan meraih manfaat persekitaran yang lebih sihat, pada persekitaran tempat tinggal mereka.