Artikel

Kadar Cukai Korporat Masih Kekal, Tiada Cadangan Untuk Diturunkan – MOF

Pentadbiran Malaysia secara tegasnya memaklumkan kadar cukai pendapatan syarikat atau cukai korporat tidak akan diturunkan dan ia akan terus dikekalkan dengan kadar sehingga 24%.

Jelas Kementerian Kewangan (MOF), matlamat untuk meningkatkan kemasukan pelabur asing bukanlah alasan utama untuk negara mengurangkan kadar cukai tersebut. Setakat ini Malaysia telah meraih pencapaian pelaburan yang baik dengan kelulusan pelaburan RM378.5 bilion pada 2024. Di mana 55% adalah pelaburan domestik dan 45% pula pelaburan asing.

Kedudukan ini sekaligus menunjukkan tahap keyakinan pelabur di Malaysia terus meningkat dan stabil. Malah pelarasan kadar cukai korporat semasa dilihat kekal relevan dan bersesuaian mengikut tahap perolehan kumpulan syarikat.

Ianya meliputi cukai 15% ke atas syarikat pendapatan bercukai RM150,000, cukai 17% bagi pendapatan sehingga RM600,000 dan cukai 24% bagi pendapatan RM600,000 ke atas.