Bagi mewujudkan sistem sokongan yang lebih baik, Grab Malaysia memaklumkan akan melabur lebih RM10 juta pada tahun ini untuk mengukuhkan komitmen kebajikan bersama rakan pemandu dan penghantar mereka – dengan melaksanakan pembaharuan pada program GrabBenefits.
Program ini mula dilancar sejak 2017 bagi memastikan manfaat rakan pemandu dan penghantar meraih faedah yang setimpal di samping menjana pendapatan di bawah Grab. Untuk makluman, faedah yang dipertingkatkan ini didasari berlandaskan maklum-balas daripada kumpulan rakan pemandu dan penghantar. Ini antara senarai inisiatif utama manfaat yang akan diperluaskan:
- Meningkatkan peluang kemahiran dengan kerjasama badan kerajaan dan institusi pendidikan
- Melanjutkan kemudahan serta penajaan separa PERKESO SPS Gig
- Perubahan Grab Driver Centres menjadi hab latihan dan komuniti
- Sediakan sokongan khas untuk rakan Grab wanita dan OKU
Selain tumpuan itu, penawaran manfaat turut diperluas kepada 5 bahagian merangkumi insurans, pelindungan sosial dan takaful, tawaran harian, akademik, penyelesaian kewangan gig dan komuniti. danya penambahbaikan ini, ia tidak sekadar meningkatkan hak petugas tetapi turut membantu kumpulan rakan pemandu dan penghantar menaiktaraf hidup mereka secara berkala.