Artikel

Akta Perangi Amalan ‘Ali Baba’ Akan Dibentang – Akhir 2025 Ini

Dalam usaha melestarikan dan meningkatkan nilai tambah ekonomi Malaysia, dijangka akhir tahun ini Akta Anti Ali Baba akan mula dibentangkan kerajaan bagi menangani isu penguasaan warga asing yang dilihat semakin berleluasa pada landskap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di pasaran tempatan.

Setakat ini draf akta Akta Anti Rent-Seeking telah mula dibangunkan dan menurut Kementerian Ekonomi perihal itu akan diperincikan secara menyeluruh merentasi pelbagai sektor, menerusi tindakan ini penerapan perundangan yang lebih berkesan dapat dicapai oleh semua pihak.

Buat pengetahuan umum, akta sedia seperti akta pencegahan rasuah, persaingan serta syarikat dilihat tidak memadai untuk membendung amalan Ali Baba ini secara menyeluruh. Maka keperluan menwujudkan undang-undang baharu ini harus dilaksanakan segera.

Mengikut sasaran awal, pembentangan cadangan pindaan atau pengubalan akta ini akan dilaksanakan sekitar penghujung tahun 2025.