Setakat 31 Januari 2025 lalu, didapati masih ramai rakyat negara yang tidak menuntut wang mereka berikutan rekod Wang Tak Dituntut (WTD) ketika ini telah mencapai RM12.7 bilion.
Jumlah ini secara jelas memaparkan peningkatan, di mana sekitar 70% jumlah WTD tersebut adalah didasari akan wang yang terdapat pada akaun bank yang tidak lagi aktif bagi tempoh 7 tahun ke atas. Tidak hanya jumlah wang ini juga antara lain turut merangkumi pembayaran seperti bonus, gaji dan dividen yang melibatkan akaun perdagangan antara syarikat serta pembekal.
Berikutan itu MOF menggesa individu mahupun waris yang berhak untuk mengemukakan permohonan tuntutan secara atas talian menerusi laman eGUMIS untuk semakan dan perolehan wang tersebut.
Selain saluran tersebut, orang awam turut boleh merujuk pada khidmat akunter semakan di Jabatan Audit Negara seluruh negara untuk semakan dan laksana proses tuntutan.