Jika sebelum ini, akses Kod Respons Pantas (QR) hanya tersedia untuk rakyat Malaysia pada kemudahan pintu sempadan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) – kelak kemudahan tersebut akan diperluaskan ke atas kumpulan pengembara dari 63 buah negara termasuklah ke atas pemegang pas jangka panjang.
Pertimbangan ini menurut Kementerian Dalam Negeri dijangka dapat dilaksanakan bermula 1 Januari 2026 kelak.
Sasaran itu menurut pentadbiran sekaligus akan menyelesaikan isu kekangan pegawai imigresen pada keperluan kaunter pengesahan identiti. Setakat ini sejumlah 172 pegawai terlibat pada tugas tersebut dan sekiranya akses ini diperluaskan dijangka operasi dapat mengurangkan 60% keperluan pegawai pada proses pengesahan tersebut. Langkah ini sekaligus akan membawa penjimatan pada penggunaan tenaga kerja.
Sistem kod QR yang diintegrasi pada aplikasi MyBorderPass ini secara langsung akan memudahkan semua pengguna untuk menyelesaikan fasa pelepasan imigresen yang akan mengambil masa sekitar 7 saat berbanding 25 saat pada penggunaan pintu automatik kovensional.
Malah pada aplikasi MyBorderPass juga para pengguna boleh meraih akses tambahan seperti semakan rekod jenayah, tunggakan percukaian LHDN dan PTPTN sebelum memulakan perjalanan mereka. Secara menyeluruh ketika ini seramai 786,000 rakyat Malaysia telahpun memiliki aplikasi MyBorderPass sejak Januari lalu.