Artikel

Terminal Bersepadu Gombak Akan Beroperasi Secara Berperingkat – Bermula 15 Mac Ini

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) tidak lama lagi akan mula laksana operasi mereka secara berperingkat. Di mana mulai 15 Mac 2025 ini, TBG akan jalani fasa percubaan operasi dengan perkhidmatan menurunkan penumpang dari Pantai Timur.

Menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sekiranya pemantauan khidmat tersebut berjalan lancar maka operasi perkhidmatan menyeluruh akan mula dibuka pada minggu kedua kelak.

Melihat pada prestasi itu, MOT menyasarkan jika fasa percubaan operasi mencapai matlamat perkhidmatan – terminal TBG dijangka dapat membantu sektor pengangkutan bas negara iaitu Terminal Bersepadu Selatan (TBG) mengatasi isu kesesakan dan membantu kelancaran aliran perjalanan pengguna pulang ke kampung kelak.

Selain penawaran khidmat pengangkutan dan fasiliti mesra pengguna OKU, MOT turut menjelaskan TBG turut menyediakan kemudahan lain buat pengguna antaran dilengkapi dewan serbaguna yang boleh disewa oleh orang awam.

Secara menyeluruh, dengan adanya pembukaan TBG kelak ia tidak sekadar memudahkan pengguna pada pengangkutan bas tetapi TBG turut akan bertindak selaku hab pengangkutan utama dengan menghubungkan perkhidmatan bas, LRT Gombak dan kelak stesen utama ECRL Gombak yang dijangka tersedia seawal 2026.