Artikel

Kerajaan Belum Cadang Wajibkan Pencarum Islam KWSP Beralih Ke Simpanan Syariah

Setakat ini, pentadbiran Malaysia tidak memiliki sebarang perancangan wajibkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk beralih mencarum dalam simpanan syariah.

Perihal itu menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pada sidang Parlimen adalah kekal terbuka dan menjadi pilihan buat mereka. Namun inisiatif galakan untuk peralihan tersebut terus dilaksanakan dengan pemaparan manfaat disebalik intrumen kewangan syariah.

Malah kerajaan optimis, hasil pencapaian kadar dividen Simpanan Syariah 6.30% baru-baru ini akan menjadi faktor galakan kepada pencarum beragama Islam untuk berpindah kepada simpanan syariah.