Hasil pelaksanaan e-Invois yang kini memasuki fasa kedua ternyata tidak sekadar membantu peniaga dan pengguna meraih rekod transaksi yang lebih cekap tetapi turut membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenalpasti akan kumpulan yang tidak mematuhi peraturan percukaian.
Berdasarkan semakan semasa, sejumlah 66,000 perniagaan di platform e-dagang telah dikenal pasti tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). Di mana kumpulan peniaga ini juga didapati tidak miliki sebarang rekod melaporkan percukaian mereka menerusi Borang Nyata Cukai Pendapatan oleh perniagaan.
Perihal ini diketahui susulan 66,000 perniagaan telah mengeluarkan sekitar 4 juta e-Invois pada rekod terkini.
Susulan situasi itu, LHDN telah memberi saranan kepada kumpulan peniaga terlibat untuk mengemaskini rekod cukai dan mengikuti pematuhan percukaiaan bagi mengelakkan sebarang tindakan lanjut. Secara menyeluruh, sejumlah 196 juta e-Invois telah dikeluarkan sehingga 3 Mac 2025 ini.