Artikel

Grab Malaysia, Sarawak Bekerjasama Pacu Ekonomi Digital – Fokus Pada Peniaga Kecil Dan Pelancongan

Bagi memastikan aliran ekonomi digital negara terus meluas, Grab Malaysia dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) kini telah mencapai kesepakatan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) untuk percepatkan transformasi digital di Sarawak khususnya pada arena pelancongan dan perniagaan kecil.

Kebersamaan ini untuk makluman akan memanfaatkan keupayaan aplikasi Grab dengan membuka akses ekonomi digital bersama peniaga tempatan tradisional di Sarawak. Menerusi sokongan Grab, akan lebih ramai peniaga kecil tempatan meraih peluang meluaskan produk dan pendapatan mereka di pasaran semasa serta rantau Asia Tenggara.

Selain tumpuan meningkatkan penyertaan peniaga dalam arena ekonomi digital, kesepakatan ini turut akan perlihatkan kerjasama Sarawak dan Grab pada hab pelancongan. Di mana satu ruang istirahat khas Grab akan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi meningkatkan akses pengetahuan pelancong ketika berada di Sarawak.