Dalam usaha meluaskan kemudahan dan pengalaman pengguna ketika melancong – Touch ‘n Go Digital kini memaklumkan penambahan sokongan khidmat eSIM pada aplikasi TNG eWallet untuk para pengguna.
Kemudahan ini sekaligus akan merancakkan lagi kuasa beli pengguna, di mana secara tahunan TNG mencatatkan kenaikan 120% pada perbelanjaan bagi transaksi perjalanan bersama penggunanya. Data ini antaranya didorong akan kemudahan pembayaran QR secara rentas sempadan libatkan lebih 50 buah negara, kad Visa serta ciri pertukaran asing di aplikasi.
Maka dengan penambahan sokongan ciri eSIM bersama rakan strategik Airalo sejak akhir tahun lalu, TNG menjangkakan usaha ini akan memberi manfaat kepada hampir 23 juta pengguna berdaftarnya untuk melancong ke lebih 100 negara. Berbeza dengan kad SIM tradisional, eSIM boleh diaktifkan secara digital tanpa perlu memasukkan kad SIM fizikal ke dalam peranti.
Berdasarkan pengenalan itu, pengguna akan menerima penawaran pelan data pada harga yang berpatutan mengikut ketetapan negara yang dikungjungi dan tindakan itu boleh dibeli secara terus pada aplikasi TNG eWallet. Adanya penambahan terbaru ini, ia dijangka mengukuhkan lagi akses perjalanan luar negara dan membolehkan pengguna kekal berhubung secara global serta mengawal aliran kewangan di mana sahaja.