Selain portal TNB, MyTax penggunaan MyDigital ID dilihat terus diperluaskan – di mana pemohon dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh menggunakan MyDigital ID mereka untuk mengakses portal STR bagi tindakan semakan perolehan bantuan.
Akses tersebut menurut notis Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telahpun boleh digunakan bermula 1 Mac lalu. Dengan pilihan tambahan log masuk ini, ia sekaligus memudahkan penerima dan pemohon STR untuk ketahui status perolehan bantuan tunai mereka dengan lebih cepat.
Berdasarkan paparan itu, para pengguna yang berkaitan boleh secara terus mengakses portal STR dengan mengimbas kod QR yang dipamerkan pada portal tersebut menggunakan aplikasi MyDigital ID. Setelah proses imbasan selesai, pengguna akan terus melihat paparan portal STR berlandaskan status permohonan STR anda. Sekiranya tiada, portal secara terus akan membawa pengguna kepada langkah permohonan baharu STR.