Artikel

Perlis Tetapkan Waktu Bekerja Hari Jumaat Hingga 12.30 Tengah Hari – Buat Penjawat Awam Negeri Ketika Ramadan

Pentadbiran negeri Perlis kini memutuskan waktu bekerja Penjawat Awam Negeri pada hari Jumaat sepanjang Ramadan ini akan berubah – di mana hanya perlu bertugas bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari sahaja.

Perubahan ini bagi memastikan, penjawat awam di bawah pentadbiran negeri meraih waktu beriadah yang lebih panjang di samping memanfaatkan akses tersebut untuk masa ibadah sepanjang bulan puasa ini.

Susulan pelarasan itu, tindakan makluman berhubung waktu perkhidmatan kaunter melibatkan urusan negeri juga akan dikemaskini kelak. Bagi memastikan pelaksanaan tersebut, tidak menjejaskan waktu dan menimbulkan kekeliruan bersama pengguna negeri.