Paras hutang isi rumah di Malaysia dilihat terus memaparkan peningkatan, apabila setakat akhir tahun lalu merekodkan jumlah RM1.63 trilion iaitu bersamaan dengan 84.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menurut pentadbiran peningkatan jumlah hutang ini terus dipantau bersama Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan tiada kesan negatif berlaku ke atas daya tahan isi rumah negara dan sistem kewangan semasa.
Selain meluaskan kempen kesedaran di bawah Financial Education Network (FEN) dan Bulan Literasi Kewangan (FLM), usaha di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Kredit Pengguna juga sedang diperkasakan. Di mana RUU ini akan dibentang pada sidang Parlimen kali ini.
Menerusi RUU Kredit Pengguna, ia dijangka akan pertingkatkan tahap perlindungan pengguna kredit dengan mengawal selia industri kredit, antaranya penawaran khidmat seperti BNPL. Langkah pengawalan itu tidak sekadar tertumpu kepada industri pemberi kredit bahkan turut akan dikenakan ke atas penyedia khidmat kredit bukan bank.