Landskap perniagaan di Malaysia, dilihat terus positif apabila tahap keyakinan para peniaga terus meningkat 3.2% bagi sasaran prestasi perniagaan untuk tempoh 3 hingga 6 bulan mendatang.
Berlandaskan prestasi positif itu, data Statistik Kecenderungan Perniagaan Suku Tahun Pertama 2025 (DOSM) ini memperincikan – terdapat 3 sektor ekonomi yang mendorong perkembangan tersebut, antaranya Perkhidmatan, Pembinaan dan Industri. Di mana ketiga sektor ini akan perlihatkan kesan permintaan yang positif dari dalam dan luar negara kesan sokongan pelaburan semasa.
Pada pertimbangan itu, 30.1% pemain ekonomi jangkakan perolehan hasil akan meningkat pada suku pertama 2025 dengan 27.6% pula menyasarkan sebaliknya. Manakala dari aspek pasaran pekerjaan pula, 69.2% perniagaan optimis untuk mengekalkan jumlah pekerja mereka, sementara 21.1% lagi ingin meningkatkan jumlah pekerja dan 9.7% pula memaklumkan akan mengurangkan tenaga kerja operasi.