Tidak lama lagi, penduduk Malaysia akan menikmati akses pengangkutan tambahan berikutan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) laluan yang menghubungkan dari stesen Bandar Utama ke Johan Setia – akan mula beroperasi pada 30 September 2025 ini.
Makluman ini berikutan tahap kemajuan projek LRT3 kini di paras 98.16%. Di mana menurut MOT, ujian awal operasi pengangkutan akan dilaksana pada April 2025 dan akhir Jun 2025 kelak. Kemudian ujian percubaan operasi pula akan dilaksana selama 60 hari pada tempoh Julai 2025 sehingga akhir Ogos 2025.
Dan sekiranya pengujian itu mencapai tahap terbaik yang ditetapkan Prasarana, maka operasi akan dilaksanakan pada September 2025 kelak.
Menerusi pertambahan akses ini, ia tidak sekadar dapat membantu kawasan bandarya mengatasi isu kesesakan lalu lintas tetapi turut meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan meluaskan pembukaan kawasan pekerjaan di beberapa laluan. Ini gambaran peta laluan tren di Lembah Klang dan perincian stesen jajaran LRT3: