Pelaksanaan cukai barangan mewah ataupun Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) yang berkadar sehingga 10% yang dibentangkan pada Belanjawan 2024 ternyata masih lagi ditangguhkan pada penguatkuasaannya dalam pasaran Malaysia.
Cukai ini untuk makluman antaranya melibatkan barangan kemas dan jam tangan mahal. Menerusi kategori tersebut, secara jelas pengenaan cukai ini akan tertumpu kepada golongan kaya di Malaysia.
Namun penangguhan ini menurut notis di Parlimen didasari akan beberapa faktor – di mana kerajaan ketika ini memberi keutamaan kepada langkah memperbaharui hasil pendapatan negara. Antaranya melaksanakan cukai barangan bernilai rendah (LVG) dan penyasaran subsidi lebih bersasar.
Maka untuk tindakan lanjut pengenaan HVGT ini, semakan menyeluruh perlu diteliti untuk memastikan langkah itu mematuhi prinsip keadilan sosial, ekonomi serta kesejahteraan rakyat negara. Setakat ini semakan itu akan dilaksanakan seiring dengan penelitian semula pada kadar dan perluasan cukai di bawah SST, sepertimana yang dicadangkan pada Belanjawan 2025 lalu.