Maybank terus melakar prestasi yang membrangsangkan, apabila tahun 2024 berjaya meraih keuntungan bersih RM10.09 bilion iaitu peningkatan 7.9% berbanding tahun 2023 dengan rekod untung RM9.35 bilion.
Perkembangan ini didorong hasil peningkatan menyeluruh yang diperlihatkan pada portfolio operasi perbankan. Antaranya perkhidmatan insurans dan takaful meningkat 133.5% kepada RM1.28 bilion, diikuti segmen perniagaan lain naik 13.5% kepada RM9.07 bilion.
Menerusi kemajuan itu, perolehan menyeluruh perbankan turut memaparkan peningkatan ketara dengan catatan RM68.94 bilion berbanding rekod sebelumnya sekitar RM63.52 bilion.