Sokongan kecerdasan buatan (AI) dilihat tidak sekadar membantu meningkatkan tahap produktiviti sesebuah syarikat tetapi turut mendorong berlakunya pembuangan pekerja secara berperingkat. Perihal itu berlaku ke atas 4,000 pekerja kontrak dan sementara di bawah Development Bank of Singapore (DBS).
Menerusi rancangan pembuangan tersebut, peranan pekerja itu akan diambilalih oleh AI dalam tempoh 3 tahun.
Tindakan itu dilihat tidak hanya mengurangkan kos operasi tetapi turut akan memastikan prestasi DBS ditahap stabil – dengan menjangkakan sokongan AI mampu membantu operasi menjana lebih SGD 1 bilion setahun.
Walaupun langkah ini berdepan kritikan, DBS memberi jaminan langkah itu tidak akan menjejaskan kumpulan pekerja tetap dan difahamkan sekitar 1,000 jawatan baharu libatkan kemahiran AI akan dibuka untuk pasaran semasa.