Artikel

Sarawak Akan Mula Perkenal Bayaran Zakat Fitrah Melalui Kod QR – Secara Berperingkat

Bersama dengan kesepakatan Bank Islam Malaysia (BIMB), Tabung Baitumal Sarawak (TBS) akan mula memperkenalkan kaedah pembayaran Zakat Fitrah baharu iaitu melalui imbasan kod QR – sebagai alternatif berbanding saluran bayaran tunai.

Perihal ini menurut TBS akan dimulakan di bahagian Kuching untuk peringkat awal sebelum diperluaskan ke seluruh Sarawak menjelang tahun 2026.

Menerusi perubahan tersebut, ia tidak sekadar memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah dilunaskan tetapi turut meningkatkan kecekapan kutipan zakat tanpa berdepan sebarang risiko akan kehilangan resit fizikal bersama pengguna.