Seperti kebiasaan, setiap tahun pada bulan Mac akan menjadi bulan yang penting buat kumpulan pekerja di Malaysia – susulan bermulanya keperluan pembayar cukai untuk melaporkan pendapatan menerusi Borang Nyata Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 pada sistem e-Filing yang dibuka pada 1 Mac 2025 kelak.
Maka ke arah persediaan tersebut, Rnggt pasti ramai pembayar cukai baharu tidak mengetahui akan kelayakan untuk melaporkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bagaimana langkah awal perlu dilaksanakan untuk melunaskan tanggungjawab tersebut.
Siapa Yang Perlu Laporkan Pendapatan?
Untuk pengetahuan umum, mana-mana individu yang menerima pendapatan gaji tahunan melebihi RM37,333 (selepas potongan KWSP) dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan (PCB) adalah kumpulan yang perlu untuk memfailkan cukai pendapatan mereka.
Jika anda memenuhi kriteria tersebut, ini bermakna anda perlu menghantar borang pelaporan pendapatan menerusi sistem e-Filing MyTax. Usah risau biarpun kelayakan itu menuntut pembayar cukai untuk melaporkan pendapatan mereka – ini tidak bermakna anda tergolong dalam kumpulan yang perlu membayar cukai. Jadi kategori pembayar cukai yang mana tidak akan dikenakan cukai?
Kategori Yang Tidak Dikenakan Cukai

Biarpun kumpulan pembayar cukai telah memenuhi kriteria asas iaitu laksana PCB dan meraih pendapatan tahunan RM37,333 namun terdapat beberapa kategori telah disenaraikan LHDN, di mana berdasarkan jadual di atas ini kriteria yang mengecualikan individu dari tindakan pembayaran cukai.
Di mana pengecualian ini didasari berasaskan pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak.
Lapor Pendapatan Menerusi MyTax
Dengan pembaharuan pada sistem pelaporan pendapatan bersama LHDN, pembayar cukai kini boleh mengemukakan pendapatan mereka secara terus pada sistem e-Filing menerusi MyTax di portal mahupun aplikasi.
Di mana kumpulan pembayar cukai hanya perlu memasukkan jenis nombor pengenalan dan kemaskini maklumat pendapatan anda berdasarkan perolehan Penyata EA atau EC dari majikan. Dan sekiranya pendapatan anda melibatkan perolehan komisen makan dokumen CP58 turut perlu disediakan. Manakala pada pembayar cukai yang berniaga, keperluan Penyata Untung Rugi perlu disediakan.
Namun untuk pembayar cukai kali pertama atau kumpulan yang baru memulakan kerjaya serta telahpun layak melaporkan pendapatan mereka, anda perlu laksana langkah lain iaitu memohon No. Pin.
Usah risau, masih perlu merujuk pada portal MyTax dan pilih jenis pengenalan untuk log masuk. Setelah langkah itu sistem akan memaparkan pilihan sama ada e-KYC (peranti mudah alih) dan e-CP55D (portal). Dan pada mana-mana pilihan tersebut, pengguna perlu kemuka dokumen rasmi yang diperlukan dan setelah itu proses perolehan No.Pin untuk pendaftaran e-Filing akan selesai.

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu 2024
Secara menyeluruh, untuk mengetahui lanjut akan status kategori anda sebagai pembayar cukai – kini semua pihak sudah boleh menyemak senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2024 bagi e-Filing 2025 untuk memahami pengiraan cukai bermula 1 Mac ini. Pada tindakan tersebut ini senarai untuk semakan:
