Artikel

Sarawak Larang Hotel, Premis Makanan Guna Istilah “Bufet Ramadan” – Jika Tiada Sijil Halal

Menjelang bulan puasa tidak lama lagi, Sarawak kini mengambil langkah proaktif dengan melarang mana-mana premis makanan dan hotel di negeri tersebut untuk menggunakan istilah Ramadan pada jualan mereka – sekiranya tidak mempunyai Sijil Halal Malaysia.

Pengumuman di bawah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ini merangkumi penawaran jualan makanan melibatkan istilah seperti Bufet Ramadan, Iftar Ramadan, Jom Iftar, Selera Ramadan serta pelbagai lagi.

Perihal ini bagi mengatasi isu salah faham akan kesahihan penjualan makanan tersebut kepada pengguna beragama Islam dan larangan ini tertakluk kepada semua cetakan digital mahupun fizikal termasuklah seperti poster, risalah dan iklan di media sosial.

Sekiranya gagal mematuhi larangan tersebut, pihak terlibat akan berdepan tindakan perundangan dan dikenakan penalti tidak lebihi RM10 juta.