Starbucks, rangkaian minuman kopi global kini dalam perancangan untuk mengurangkan tenaga kerja korporatnya iaitu berpotensi melibatkan sejumlah 1,100 pekerja. Langkah itu dimaklumkan tidak akan melibatkan tenaga kerja barista tetapi tertumpu kepada bahagian pengurusan sahaja.
Buat pengetahuan ketika ini sekitar 16,000 tenaga korporat direkodkan daripada 361,000 tenaga kerja di bawah Starbucks. Berikutan rancangan itu, aliran saham Starbucks dilihat telah menampakkan pemulihan dengan peningkatan 1.6%.
Dengan usaha ini ia dilihat tidak sekadar meningkatkan kembali kecekapan operasi tetapi turut menambahbaik strategi jualannya di pasaran semasa. Namun tiada perincian lanjut akan rangkaian negara mana yang berdepan kesan besar berhubung pembuangan tersebut. Untuk makluman, ketika ini Malaysia memiliki 411 cawangan Starbucks bersama lebih 5,000 pekerja.