Artikel

1.6 Juta Rakyat Malaysia Kini Telah Mendaftar, Miliki MyDigital ID

Sehingga Januari 2025, dimaklumkan seramai 1.6 juta rakyat Malaysia kini telah mula mendaftar, memiliki MyDigital ID.

Berdasarkan perkembangan itu, pentadbiran negara menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha optimis kemajuan itu akan mencapai matlamat negara yang menjangkakan seramai 15 juta rakyat Malaysia mendaftar pada tahun ini.

Menerusi MyDigital ID, rakyat ketika ini akan meraih akses secara terus bersama 10 sistem aplikasi kerajaan yang telah diintegrasikan bersama MyDigital ID, sementara 12 sistem aplikasi pula masih dalam proses integrasi untuk kemudahan rakyat kelak.

Secara menyeluruh, kerajaan menyasarkan untuk meluaskan akses integrasi tersebut bersama 30 sistem aplikasi yang lain. Buat pengetahuan ini senarai sistem aplikasi kerajaan yang telah diintegrasi bersama MyDigital ID:

  • MyGov Portal – Jabatan Digital Negara
  • MySejahtera – KKM
  • MyHRMIS Mobile – JPA
  • MyJPJ – Jabatan Pengangkutan Awam
  • PADU – Kementerian Ekonomi
  • MyQBank – Kementerian Pendidikan
  • MyResult – Kementerian Pendidikan
  • Semakan No TIN – LHDN
  • MyInfra – KKR
  • MyBayar – PDRM