Menjelang musim Ramadan dan Raya 2025 kelak, Shopee kini meningkatkan strategi pemasaran mereka dengan menghubungkan lebih 30 jenama dan 900 rakan Shopee Affiliate menerusi acara minggu lalu – Shopee House: Rumah Terbuka Shopee.
Adanya komitmen mengukuhkan kolaborasi antara perniagaan tempatan bersama rakan pencipta kandungan digital ini, Shopee melihat usaha ini akan memacu aliran pembelian pada musim tersebut. Antara tindakan yang telah dijalankan adalah melaksanakan Sesi Padanan Livestream Perniagaan-Affiliate, pada langkah itu ia akan meningkatkan lagi tahap kesedaran jenama dengan pengikut e-dagang semasa.

Buat pengetahuan umum, tahun 2024 memperlihatkan jumlah pesanan di bawah platform Shopee telah melonjak antaranya dipacu oleh kumpulan affiliate yang membawa kepada peningkatan 81% berbanding rekod tahun 2023. Selain meraih keyakinan berlandaskan saranan kumpulan affiliate, pesanan menerusi Shopee Live turut alami kenaikan sebanyak 248% pada tahun 2024. Di mana kepelbagaian dan persekitaran jualan secara interaktif dilihat berjaya menarik minat perbelanjaan pengguna.
Selain menyatukan sokongan peniaga tempatan bersama kumpulan affiliate, Shopee kini turut mengumumkan De Fam selaku duta kempen Ramadan Raya 2025 jenama pada tahun ini