Tiga universiti awam (UA) kini direkodkan menjadi antara 5 agensi Persekutuan yang berdepan kerugian tertinggi selama 3 tahun bagi tempoh 2021 sehingga 2023. Ianya melibatkan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Univerisiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Selain 3 universiti awam ini, Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) turut disenaraikan sebagai 2 lagi agensi Persekutuan yang berdepan kerugian tinggi pada tempoh tersebut.
Berdasarkan penjelasan yang disertakan kerugian yang dialami universiti ini berikutan geran mengurus dan pendapatan janaan sendiri yuran pelajar mereka tidak dapat menampung perbelanjaan operasi universiti. Manakala PPUM pula mengalami kesulitan susulan caj rawatan pesakit tidak dapat menampung perbelanjaan operasmi mereka, sementara SWCorp pula berdepan peningkatan kos dalam perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Susulan prestasi itu, LKAN mengesyorkan agar agensi terlibat untuk perkasakan penjanaan hasil bagi mengurangkan kebergantungan operasi terhadap geran kerajaan dan agensi terlibat perlu mengkaji semula hala tuju perniagaan mereka bagi menamatkan status kerugiaan yang berterusan.