Berbanding tahun sebelumnya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kelak dijangka akan mengumumkan agihan dividen 2024 lebih awal iaitu pada 1 Mac ini, di mana berpotensi memperlihatkan peratusan kadar dividen yang lebih tinggi berbanding tahun 2023.
Makluman ini mengikut laporan TheStar, berpotensi memperlihatkan agihan dividen yang tinggi melebihi 5.8%. Perihal ini didasari berasaskan prestasi KWSP yang kukuh pada suku ketiga 2024 dengan perolehan pendapatan pelaburan RM57.5 bilion.
Buat pengetahuan umum, dividen 2023 memperlihatkan agihan KWSP sebanyak 5.50% untuk simpanan konvensional manakala 5.40% pula simpanan syariah. Di mana kadar itu untuk makluman lebih baik berbanding tahun 2022 yang memaparkan penurunan mendadak pada kadar dividen KWSP.