Artikel

Inflasi Malaysia Kekal 1.7% – Namun Semua Negeri Berdepan Tekanan Kos Makanan, Minuman

Aliran inflasi Malaysia kini dilihat terus mereda apabila rekod terbaharu kekal di paras rendah, iaitu 1.7% setakat Januari 2025 lalu.

Prestasi menurut data Jabatan Perangkaan (DOSM) didorong hasil peningkatan inflasi yang lebih perlahan pada segmen seperti Restoran dan Perkhidmatan Penginapan (3.5%), Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial dan Barangan Perkhidmatan (3.3%), Rekreasi, Sukan serta Kebudayaan (1.8%) dan Pendidikan (1.6%).

Manakala segmen lain pula memaparkan paras inflasi yang lebih tinggi pada bulan lalu iaitu Kesihatan (1.2%), Minuman Alkohol dan Temabakau (0.9%), Insurans dan Khidmat Kewangan (0.6%) diikuti Barangan Penyelenggaraan, Hiasan Rumah (0.5%).

Sementara pada taburan negeri pula  kebanyakan negeri memaparkan penurunan pasaran inflasi di bawah paras nasional 1.7% namun kesemua negeri kekal memaparkan peningkatan inflasi pada Makanan dan Minuman. Berdasarkan tekanan itu, kadar tertinggi antaranya dicatatkan Selangor (4.3%), Putrajaya (3.5%), Terengganu (3.4%), Melaka (2.7%), Negeri Sembilan (2.7%) dan Johor (2.6%). Manakala negeri lain pula kekal merekodkan paras inflasi makanan dan minuman yang rendah sekitar 2.5%.

Secara menyeluruh, bulan Januari 2025 memperlihatkan kenaiakn 0.1% berbanding inflasi pada Disember 2024 lalu namun paras ini untuk makluman masih rendah berbanding negara serantau yang lain. Di mana Vietnam (3.6%), Filipina (2.9%) dan Korea (2.2%).