Sehingga akhir tahun 2024, didapati 2,448,105 peminjam telah melakukan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) kepada negara. Berdasarkan jumlah itu, didapati 1.04 juta peminjam telahpun menyelesaikan pinjaman mereka secara menyeluruh.
Sementara 585,638 peminjam pula direkodkan sedang membuat bayaran balik secara konsisten manakala 817,872 peminjam pula didapati melakukan pembayaran balik secara tidak konsisten. Kumpulan ini menurut data semasa PTPTN, melibatkan tunggakan sekitar RM5.80 bilion.
Biarpun kadar penyelesaian pinjaman dan bilangan pembayar secara konsisten telah mula bertambahbaik – namun masih terdapat peminjam yang belum memulakan sebarang tindakan pembayaran semula. Kumpulan ini melibatkan seramai 383,637 peminjam yang masih gagal memulakan bayaran balik pinjaman mereka.
Buat pengetahuan umum, kumpulan ini merekodkan jumlah tunggakan bayaran balik sebanyak RM5.25 bilion.