Sekiranya penerbangan anda berdepan kelewatan lebihi 5 jam, para pengguna kini boleh meraih pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket jika berdepan situasi tersebut. Pilihan ini menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) harus disediakan syarikat penerbangan kepada pengguna.
Perubahan ini menurut laporan bersama MAVCOM, seiring dengan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) yang telah ditambahbaik baru-baru ini. Di mana tindakan ini akan memberi pilihan kepada pengguna atau penumpang yang tidak mahu meneruskan perjalanan mereka sekiranya tujuan perjalanan tersebut tidak lagi relevan berikutan kelewatan tersebut.
Pembayaran semula ini merangkumi bayaran balik mandatori surcaj bahan api, cukai, yuran dan caj seperti levi berlepas, caj perkhidmatan penumpang (PSC) dan fi karbon kepada pengguna.
Tidak hanya itu, syarikat penerbangan juga diingatkan untuk memberi makluman awal kepada pengguna sekurangnya 2 minggu sebelum penerbangan jika terdapat sebarang perubahan pada waktu berlepas yang dijadualkan (STD). Dan sebarang perubahan STD ini adalah hanya tertakluk kepada isu teknikal dan perubahan cuaca sahaja sekiranya ia melibatkan isu komersial maka syarikat penerbangan tidak dibenarkan berbuat tindakan tersebut.
Secara menyeluruh, mana-mana syarikat penerbangan yang tidak mematuhi pelaksanaan pilihan baharu itu maka kumpulan berkaitan boleh berdepan penalti sehingga RM200,000 untuk kesalahan pertama dan 10 kali gandda pada kesalahan kedua dan seterusnya. Maka untuk tindakan lanjut MAVCOM akan terus memantau isu ini melalui aduan pengguna bersama laporan bulanan yang dikemukakan syarikat penerbangan.