Artikel

Lembah Klang Atasi Pulau Pinang, Jana RM886 Juta – Jadi Pilihan Hab Pelancongan Perubatan

Pulau Pinang kini tidak lagi memiliki takhta selaku hab pelancongan perubatan utama di Malaysia – berikutan kedudukan itu diatasi Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur dan Selangor, dengan berjaya menarik sekitar 560,700 pesakit antarabangsa dan menjana hasil RM886 juta.

Data di bawah Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) ini secara jelas memperincikan peningkatan ini antaranya didorong pada permintaan rawatan libatkan perut dan usus, kehamilan, penyakit wanita, sendi, tumor, ENT – telinga, hidung, dan tekak (ENT), serta isu berkaitan jantung.

Sementara Pulau Pinang pula telah alami penurunan jumlah pesakit asing kepada 453,600 pada tahun lalu. Namun perolehan pendapatan negeri pada segmen itu kekal meningkat kepada sekitar RM866 juta iaitu merangkumi 40.7% daripada jumlah hasil perolehan negara.

Selain destinasi tersebut, bahagian selatan iaitu Melaka dan Johor pula turut memaparkan peningkatkan prestasi pada segmen pelancongan perubatan – di mana telah merekodkan peningkatan pendapatan kepada RM253 juta setakat 2024. Disusuli Sabah dan Sarawak turut meraih peningkatan pendapatan sekitar RM123.5 juta.