Sekiranya ingin terus memiliki akses menggunakan aplikasi MAE, pengguna Maybank yang menggunakan peranti iPhone kini dinasihatkan untuk mengemaskini sistem pengendalian (OS) mereka kepada iOS 14 dan ke atas.
Langkah itu menurut Maybank, adalah sebahagian daripada usaha Maybank untuk menambahbaik tahap keselamatan perbankan bersama pengguna. Menerusi tindakan kemas-kini OS aturan ini akan meningkatkan prestasi, kestabilan dan tahap sekuriti peranti pengguna. Ia tidak sekadar ke atas aplikasi MAE semata bahkan turut menyokong tahap keselamatan aplikasi-aplikasi lain.
Pelaksanaan ini untuk makluman akan dikuatkuasakan pada 31 Mac 2025 kelak. Susulan itu sekiranya masih terdapat kumpulan pengguna berkaitan tidak berbuat demikian pada tempoh ditetapkan maka tiada lagi akses aplikasi MAE buat pengguna.
Perolehan ini hanya dapat diraih setelah tindakan kemaskini OS dilaksanakan ataupun menggunakan peranti yang serasi dengan sistem pengendalian yang diperlukan pada aplikasi MAE.
Namun semua pihak perlu sedari, sekiranya anda memuat-turun aplikasi MAE pada peranti baru maka tindakan mengaktifkan semula Secure2u melalui ATM Maybank diperlukan dan para pengguna perlu melalui tempoh pengaktifan selama 12 jam untuk meraih semula akses pada aplikasi MAE.