Artikel

emart24 Mahu Memiliki 300 Cawangan Di Malaysia – Menjelang 2030

Dengan memiliki lebih 80 rangkaian di pasaran Malaysia ketika ini, emart24 – jenama kedai serbaneka Korea Selatan kelak optimis untuk meluaskan perkhidmatan mereka dengan memiliki 300 cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2030. 

Sasaran ini didasari susulan hasil pertumbuhan yang positif permintaan pengguna berdasarkan perkhidmatan berkonsep kedai serbaneka di Malaysia. Selari dengan permintaan itu, emart24 optimis kualiti produk bersama khidmat mesra pengguna Islam dilihat akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan jenama mereka. 

Maka bagi memastikan permintaan produk halal terus terjamin, emart24 menjangkakan 84 rangkaian sedia adanya akan memiliki sijil sepenuhnya menjelang akhir tahun ini ataupun sekitar awal 2026. 

Berbalik kepada usaha perluasan jenama, pembukaan cawangan emart24 dijangka akan beri tumpuan kepada lokasi luar bandar yang sukar mendapat akses kepada barangan keperluan asas dan antara tumpuannya merangkumi pasaran di Pantai Timur.